Thursday, January 20, 2011

Lama menyepi seribu kata...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..aku masih bernyawa... selawat dan salam ke atas Junjungan besar kita Rasulullah s.a.w, keluarga serta sahabat baginda...

Subhanallah..alhamdulillah.. Allahuakbar..
Besar sungguh keagunganMu memberi diri ku masih hidup sihat bernyawa...
namun hambaMu ini sering berkeluh kesah dengan ujianMu.. berdosanya aku..
Ampunkan ku Ya Allah...
Aku cuma hambaMu yang kerdil dan lemah yang masih perlu bimbingan dr Mu.

Semakin ku lalui hari2 dewasaku.. ku tahu tugasku semakin berat..
tanggungjwabku semakin bertambah, amanah padaku semakin menggunung.
Kau tahu apa yg terbaik untuk hambaMu ini... Kau tahu apa yg aku perlukan..
Kau tahu apa yang aku telah sia2kan.. dan kau tahu apa sebenarnya yang aku masih kekurangan...

Syukur Ya Allah... aku bersyukuk.. rezkiMu tak pernah putus.. kasihMu tak pernah berakhir, perhatianMu tak pernah kalih...

Wednesday, February 10, 2010

Cubaan...

Dulu...
Aku mencari sesuatu yang mencabar untuk ku lalui dalam hidup ini.
Dan kini aku benar-benar telah diberi dan diuji...

Sungguh..
Amat sukar, namun itu kan pilihan sendiri.
Aku takkan memberi keluhan,
Aku takkan mencetuskan kemarahan.
Aku akan tetap mahu anggap ia satu cabaran.

Tugas memanusiakan manusia....
Itulah yang aku harus galas kini..
Menghadapi kerenah remaja zaman kini...amat2 menguji.
bukan sahaja kesabaran, tapi juga keimanan.
Aku pasti, mereka masih boleh dibentuk,
masih boleh dilentur, masih boleh diasuh.

Terkadang aku kecewa dengan kekasaran dan dan ugutan yg sering mereka terima.
Tidak sedikit pun menggentarkan mereka,
malahan melunturkan kehormatan pada guru yang lebih dewasa.

Mereka perlu kepada bimbingan,
ibubapa, guru dan sahabat...
Kita perlu jadi semua..
jadi semua yg baik untuk mereka...yg cuba memanusiakan mereka..
Akhlak, moral dan sahsiah diri mereka perlu digilap semula, dicorakkan semula.

Itulah tanggungjawabku...
Aku...aku...dan aku...
Juga kamu....

Wednesday, December 9, 2009

Ingin jadi yg terbaik.....

Wanita..hiasan dunia...
Seindah hiasan adalah wanita Solehah...

Bait2 kata2 yg biasa kita dgr....
Tapi boleh kah kita dapatkan...
Huh!!! susah ke ditakdirkan jadi perempuan....
No! No! sesekali aku takkan mengakuinya.
Perempuan adalah istimewa, kalau tidak masakan boleh menjadi hiasan,
untuk menjadi hiasan perlu menarik, perlu cantik, perlu bernilai.
Sesuatu tanpa nilai....
Takkan dihargai, takkan dipelihara, takkan disukai.
Tapi...dimana letaknya nilai kita Wanita.,,,,
Sape yg menilai kita? Berapakah nilainya....???

HEhehheh.... sama-sama kita mencari jawapan,
Bukan mudah menjadi apa yang orang lain inginkan...
kerana apa yg kita inginkan pun kadangkala jarang tercapai....
Tapi amatlah perlu kita tahu apa yg Pencipta kita inginkan.

Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam setiap ciptaanya.
Dia takkan isikan dunia ini dengan sesuatu tanpa nilai dan sia-sia.

Kita punya nilai....baik llki atau perempuan,
baik manusia ataupun tumbuhan.

Bersyukurlah... kerana...
ALLAH takkan memberi apa yang kita inginkan,
Tapi dia selalu memberi apa yang kita perlukan...
Sbb...DIA maha mengetahui yang terbaik utk kita...

Monday, November 30, 2009

Masihkah menghargai....

Allahhuakbar....3x Lailahaillallah hu....Allahhuakbar.... Allahhuakbar walillahilham..

Baru je berlalu hari raya I'duladha...
Disebut juga Hari Raya Korban,

Pengorbanan....
Apa yg dah kita korbankan?... ikhlaskah kita dlm melakukan sesuatu?
Bagaimana kita mengambil ikhtibar dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya?.
Adakah kita boleh berkorban setinggi itu...?

Byknye persoalan...
Kadangkala kita terasa akan susah jika memberikan sesuatu yang kita sayangi pada orang lain.
Tapi apa yang kita sayang tu kadangkala sebenarnya bukan milik mutlak kita.
Hanya pinjaman sementara.
Apa salahnya, kita berkongsi sesuatu yang kita sayangi dengan org yang lebih memerlukan.
Hilangnya sesuatu yang kita suka, yang kita sayang.... Insyaallah akan diganti dengan sesuatu yang bukan sahaja akan lebih kita suka dan sayang tetapi juga yang lebih baik pada diri kita dan org lain disekeliling kita...

Menghargai...mensyukuri....berkongsi.... sama merasai...

Jgn jadikan diri kita tamak dengan nikmat, kedekut dengan rahmat.....
tapi jadikanlah jiwa, hati dan diri kita... seorang yang berkongsi nikmat dan rahmat....
Jika tidak mampu dengan harta....dengan daya dan usaha....jika kita tidak berdaya...
dengan doa...
Doa bukan sahaja untuk kita...family kita... guru2 kita...sahabat2 kita... semua org disekeliling kita.. dan semua saudara seagama kita....

Ingatlah....tidak akan luak maruah kita dengan perkongsian, pengorbanan dan penghormatan kita pada orang lain...

Sunday, November 8, 2009

Kita manusia yang bertuah...

Siapa kita untuk menilai apa yang sepatutnya kita dapat... siapa kita untuk mengatakan yang takdir kita adalah salah.... Kita hidup bukan sekadar untuk menjadi perhiasan dunia semata-mata. Tapi kita adalah sebahagaian dari dunia ini... yang perlu mengubah keadaan, yang dilantik mentadbir dunia dgn cara sebagai seorang manusia. Diberi panduan melalui Wahyu dariNya...
Tp kita selalu ingin mengeluh.... walaupun hanya diberi tugasan yg terlalu kecil, terlalu mudah, terlalu singkat.... Kita suke membandingkan diri kita dgn org2 yang terlalu hebat, sehingga kita hilang rasa syukur, sehingga kita lupa bahawa kita ini punya tugas yang lebih berat. Pandang keatas....tp jgn lupa jenguk kebawah... Pandang kehadapan...jgn lupa menoleh kebelakang...
Setiap dr bahagian hidup kita punya makna utk dunia... tp kita selalu fikir kita melaluinya sendiri... Padahal manusia lain mmpu membantu... Bukan bergantung harap menjadi pegangan..tp jatuhnya kita mungkin dapat dibantu semula oleh orang disekeliling kita.. jadi. jgn biar insan-insan didunia ini menjadi musuh hidup kita....musuh jiwa kita..musuh ht kita....

Jadilah seperti Mawar Putih, walaupun indahnya tidak setinggi Mawar Merah..namun, dia juga mampu melindungi diri dengan durinya sendiri...dan menyebarkan wanginya.... tp, adakalanya dia mampu menjadi lebih berharga dari yang lain kerana kesuciannya, ketulusannya dan keindahannya yang tersendiri...