Dulu...
Aku mencari sesuatu yang mencabar untuk ku lalui dalam hidup ini.
Dan kini aku benar-benar telah diberi dan diuji...
Sungguh..
Amat sukar, namun itu kan pilihan sendiri.
Aku takkan memberi keluhan,
Aku takkan mencetuskan kemarahan.
Aku akan tetap mahu anggap ia satu cabaran.
Tugas memanusiakan manusia....
Itulah yang aku harus galas kini..
Menghadapi kerenah remaja zaman kini...amat2 menguji.
bukan sahaja kesabaran, tapi juga keimanan.
Aku pasti, mereka masih boleh dibentuk,
masih boleh dilentur, masih boleh diasuh.
Terkadang aku kecewa dengan kekasaran dan dan ugutan yg sering mereka terima.
Tidak sedikit pun menggentarkan mereka,
malahan melunturkan kehormatan pada guru yang lebih dewasa.
Mereka perlu kepada bimbingan,
ibubapa, guru dan sahabat...
Kita perlu jadi semua..
jadi semua yg baik untuk mereka...yg cuba memanusiakan mereka..
Akhlak, moral dan sahsiah diri mereka perlu digilap semula, dicorakkan semula.
Itulah tanggungjawabku...
Aku...aku...dan aku...
Juga kamu....
Wednesday, February 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)